Saturday, August 13, 2011

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI...dan semua...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, Allah masih memberi nyawa dan roh islam pada diri saya selaku hambaNya.. Semoga Allah meredhai hidup sy, keluarga saya dan sahabat-handai sekalian...

SEMPENA 13 OGOS 2011 bersamaan 13 RAMADHAN 1432H ni.. sy nak bt peringatan untuk diri sendiri kerana diri ini mmg perlu berubah ke arah yg lebih baiik.. moga2 Allah permudahkan.. marilah sm2 kita semua menuju perubahan ke arah yg lebih positif.. sm2 berhijrah!!

SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA 4P...


1. PERKATAAN
-mmg sgt susah untuk dijaga.. jika ada masalah sket, mulut asyik nak merungut je... bila xpuas hati kat sesuatu, asyik nak komplen je.. bila ada gosip baru, sibuk nak tokok tambah lagi...huh.. bila la nk sedar...
jaga lah perkataan.. kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...

Dari Abu Hurairah Rådhiyallåhu ‘anhu berkata, bahwa rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaknya ia berkata yang baik atau diam.”

[HR. Al-Bukhari dalam al-Adab hadits (6018) dan Muslim hadits (47).]


2. PANDANGAN
-pandangan di sini bermaksud pandangan mata. Tundukkan la pandangan mata daripada melihat sesuatu yang haram dilihat...


Abu Umamah berkata,”Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
اُكْفُلُوا لِي بِسِتٍ أَكْفُلْ لَكُمْ بِالْجَنَّةِ, إِذَا حَدَّثَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَكْذِبْ, وَ إِذَا اؤْتُمِنَ فَلاَ يَخُنْ, وَ إِذَا وَعَدَ فَلاَ يُخْلِفْ, غُضُّوْا أَبْصَارَكُمْ, وَكُفُّوْا أَيْدِيَكُمْ, وَاحْفَظُوْا فُرُوْجَكُمْ
“Berilah jaminan padaku enam perkara, maka aku jamin bagi kalian surga. Jika salah seorang kalian berkata maka janganlah berdusta, dan jika diberi amanah janganlah berkhianat, dan jika dia berjanji janganlah menyelisihinya, dan tundukkanlah pandangan kalian, cegahlah tangan-tangan kalian (dari menyakiti orang lain), dan jagalah kemaluan kalian.”[2]



3. PERBUATAN
-Perbuatan juga memang perlu dijaga.. Perbuatan adalah sebahagian daripada simbol akhlak kita.. Hal ini merangkumi cara pergaulan kita dan sebagainya..juga jgn menjadi zalim iaitu jangan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya...


4. PEMIKIRAN
-pemikiran sangat luas konteksnya... tp bagi saya, kita mmg harus menjaga pemikiran kita dengan pelbagai cara seperti tak berburuk sangka, tak berfikiran negatif, dan tak terlalu memikirkan perkara-perkara yang kita tidak mampu untuk kite fikirkan (eg.perkara2 ghaib) tp kita harus mempercayai wujudnya perkara2 ghaib ini..

Wallahualam...

p/s: kalo ada tersilap info, minta tlg perbaiki.. n kalo ada yg nak bg pandangan sila2...hehe =)




No comments:

Post a Comment