Monday, May 9, 2011

ISTIMEWANYA WANITA

ASSALAMUALAIKUM

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu

syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah

S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka

beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakany 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

اللهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدِينَا وَارْحَمْهُمْ كَمَارَبَّيَانَا صِغَارًا

Ya Allah Ampunkanlah dosa kami dan dosa ibubapa kami

dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasuh kami

ketika kami masih kecil lagi.

Kita ada pelawat setiap 21 minit!

ASSALAMUALAIKUM ...

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,

bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70
kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,
didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.


Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan
aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih
berseronok-seronok bergelak ketawa."


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat
maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan
Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,
kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan


Mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan
hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit


Ini bermakna MAILAKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.

Astaghfirullah...

Resmi seseorang dari kedudukan adik beradik

ASSALAMUALAIKUM...

Terjadinya manusia dari empat elemen iaitu tanah, air, api dan angin. Demikianlah susunan resmi adik beradik mengikut asal kejadian manusia.

Anak pertama – resmi tanah
Anak kedua – resmi air
Anak ketiga – resmi api
Anak keempat – resmi angin

Anak seterusnya ia kembali bermula kepada resmi tanah dan berturutan

Anak kelima – resmi tanah
Anak keenam – resmi air
Anak ketujuh – resmi api
Anak kelapan – resmi angin
Anak kesembilan – resmi tanah
Anak kesepuluh – resmi air
Dan demikianlah turutan seterusnya.


APAKAH PEMBAWAAN DAN KARAKTER RESMI?

RESMI TANAH adalah seorang yang mantap pendirian, boleh menerima dan memberi pendapat kepada orang lain. Umpama sifat keadaan tanah itu sendiri, boleh dicucuktanam, boleh dipijak, tempat tinggal diatasnya, tempat tinggal makhluk didalamnya. Tanah juga mampu memberi kehidupan kepada tumbuhan. Tetapi harus diingat tanah ada bermacam jenis, tanah pasir, tanah hitam, tanah liat, tanah lekit, tanah gambut, tanah lumpur.

Tanah pada anak pertama dan kelima berbeza sifatnya. Sifat tanah pada anak kelima dikenali tanah mencerut yang mana mempunyai perasaan iri, kedekut dan mementingkan diri. Tetapi apabila membawa kepada resmi tanah anak kesembilan, sifatnya hampir serupa kepada resmi tanah anak pertama. Anak ketigabelas pula sifatnya hampir serupa kepada resmi anak kelima. Ianya berselang seli. Oleh itu boleh dikatakan anak ketujuhbelas resmi tanahnya serupa dengan anak pertama dan kesembilan.

Kita dapat menilai sikap dan karakter orang dari resmi tanah itu berdasarkan sifat tanah itu. Kalau resmi tanah yg dibawanya adalah baik, maka pembawaan sikap akan memberi manfaat kepada mereka disekelilingnya. Orang resmi tanah juga boleh dikategorikan orang yang bagus untuk diberikan tanggungjawab untuk dijalankan dan kemampuan mencapai matlamat yang agak baik.

RESMI AIR Orang dari resmi air boleh dikategorikan mereka yang mempunyai fleksibiliti dan adakalanya tidak tetap pendirian. Orang resmi air kebiasaannya lembut hati dan menyejukkan. Setiap mereka ini juga membawa resmi air yang berbeza bergantung kepada jenis air apa yg menjadi resmi mereka. Ada berbagai jenis air seperti hujan, mata air, lautan, sungai sebagai air yang menyucikan. Ada juga yang yang tercemar, yang bersih tetapi tidak boleh menyucikan dan air yang lain. Walaubagaimanapun air tetap mempunyai persamaan iaitu sifat fizikal dan semulajadinya.

Orang resmi air dapat dilihat mempunyai persamaan dengan sifat air itu sendiri yang fleksibel, boleh menyejukkan, boleh dipanaskan, boleh bergelora, boleh menyuburkan tanah, boleh membanjirkan, boleh melembutkan yang keras. Resmi air juga mempunyai kelebihan dalam menerima dan memberi pendapat. Seketul batu boleh berada didalam segelas air, air boleh berada dalam sebuah gelas. Mereka juga boleh menjadi orang yang sukar diramal akan kemampuannya dan mungkin mampu melakukan sesuatu diluar jangkaan.

RESMI APIApi adalah sesuatu yang panas. Satu sifat yang tidak dapat dielakkan. Ia boleh hadir atau zahir dalam keadaan yang jelas seperti api yang marak menyala atau tersembunyi seperti api membakar sekam yang mana hanya mampu kita mencium asapnya. Api bersifat membakar dan memusnahkan. Namun api juga mempunyai sifat yang memberikan cahaya dan menjelaskan pandangan. Sifat panas api boleh menyakitkan tetapi adakalanya menghangatkan keadaan menghilangkan kesejukan. Boleh dikatakan orang resmi api boleh menceriakan suasana dengan semangatnya tetapi adakalanya boleh menjadi kebencian orang.

Api juga sering dikaitkan dengan sifat panas baran atau beremosi. Api boleh dimarakkan dari angin yg bertiup dan minyak yang dituangkan. Ia boleh marak dalam sekelip mata. Ia juga boleh dipadamkan dalam sekelip mata sekiranya cukup air untuk disiramkan, tapi kalau terlalu besar dan marak, air yang sedikit tidak cukup untuk meredakan. Orang resmi api mungkin banyak boleh membuat orang lain memendam dan makan hati tetapi banyak boleh merungkai kekusutan apabila ia lantang bersuara dan bercahaya.

RESMI ANGIN Angin dikaitkan dengan sifatnya yang tidak dapat diduga dan dilihat. Orang resmi angin juga boleh dikaitkan dengan orang yang tidak tetap emosi (moody). Angin yang perlahan biasanya menyamankan tetapi angin yang kuat boleh membawa kemusnahan. Sifatnya yang tidak boleh dilihat dan sukar diagak kemana arah tujuannya boleh juga dikaitkan tentang pendirian yang berubah-ubah.

Sungguhpun begitu angin berkelebihan untuk berada dimana-mana. Ia boleh bertiup jauh menjelajahi ruang tempat dan waktu. Orang dari resmi ini boleh dikaitkan dengan kelebihan bermusafir dan fleksibel untuk berada dalam kebanyakan tempat dan situasi. Mereka juga boleh menempatkan dan menyesuaikan diri dengan berada dengan kelompok lain


KESERASIAN ANTARA RESMI.

Dari keempat-empat resmi ini, ada yang terdapat pertembungan dan ada yang terdapat keserasian. Ini dapat dilihat dari sifat-sifat elemen tersebut yang berinteraksi antara satu sama lain.

TANAH VS AIR keduanya adalah resmi yang mempunyai sifat fizikal mantap, penuh dan boleh memenuhi serta dipenuhi. Air mampu menyuburkan tanah dikaitkan dengan memberi rezeki yang baik. Tanah dikaitkan sesuatu yang padat dank eras tetapi air mampu melembutkan tanah. Baik air yang sentiasa mengalir dan tidak tetap, ia mampu bertakung berdindingkan tanah seperti kolam dan lautan. Ia mampu mengalir mengikut acuan tanah seperti sungai. Ia juga mampu berada dan berlindung didalam tanah serta mengalir sebagai mata air.

TANAH VS API satu pertembungan resmi yang kurang keserasian. Api itu sendiri yang panas mampu membuat tanah menjadi lebih keras apabila dibakar. Tetapi api yang menyala marak diatas tanah adakala membuat tanah memendam rasa. Ini jelas dilihat bila api marak, kita tidak dapat melihat ia membakar tanah dalam diam sehingga hitam dan hangus.

TANAH VS ANGIN sebagaimana wujudnya alam semesta yang mana ruang kosong dipenuhi angin dan berada ia di atas tanah. Angin tidak mudah menyanggah tanah. Sekuat mana angin menjadi rebut, amat kurang tanah dapat dirosakkan. Angin hanya dapat bermain diluaran dan tidak seperti air yang mampu meresapi tanah. Tetapi berbanding angin dan tanah, angin lebih mudah bergerak dan tidak begitu statik. Ia mampu menjangkau lebih jauh dan cepat daripada tanah.

TANAH VS TANAH resmi yang sama dari fizikalnya Cuma jenis tanah berbeza akan membezakan refleksinya. Keduanya adalah mantap dan penuh. Ia mungkin tidak menampakkan banyak perubahan berlaku dan mengambil masa yang panjang sekiranya ingin dilihatkan perubahan untuk berlaku.

AIR VS API air bukanlah calang lawan bagi api. Sungguhpun sifat fizikal air itu lembut dan sejuk, ia adalah kelemahan bagi api. Air mampu memadamkan api dan menyejukkan kepanasan. Baiknya disini, air mampu mengawal permasalahan api dan menenangkannya. Namun tidak bermaksud api tidak boleh menyusahkan air. Api mampu memanaskan air, cuma ia akan mengambil masa. Tetapi ia mampu membuat air mendidih dan mengambil masa untuk air sejuk kembali. Walaubagaimanapun, air yang panas masih mampu memadamkan api dalam sekelip mata. Dilihat air lebih mendominasi api.

AIR VS ANGIN satu pertembungan resmi yang membawa permasalahan. Angin selalunya membuat air bergelora dan tidak tenang. Sekiranya angin makin kuat bertiup, ia memungkin air yg tenng menjadi puting beliung yang boleh memusnahkan. Dapat dilihat sendiri kemampuan angin merubah air menjadi lebih ganas dan merbahaya seperti tsunami dan sebagainya. Tidak banyak dapat dilihat akan keserasian dua resmi ini.

AIR VS AIR keduanya boleh bercampur dan membentuk keserasian. Ia dilihat boleh bercampur dan disebati bersama. Tetapi yang tidak eloknya air yang kotor bercampur air yang bersih akan tetap membawa kekotoran itu bersama. Sudahnya air yg bersih tadi sudah menjadi kotor. Sekiranya air yang bersih itu lebih banyak, maka percampuran ini mungkin tidak mengotorkan campuran yang baru malah menghilang kekotoran yg sedikit dalam percampuran bersih yang lebih besar. Ia dapat dilihat dalam konsep air mutlak yang melebihi 2 kolah tidak akan terjejas sifatnya sucinya jikalau kotoran yg bercampur tidak menjejaskan warna, bau dan rasa.

API VS ANGINdilihat sebagai pertembungan resmi yang tidak serasi. Angin boleh menyemarakkan api. Semakin kuat angin bertiup semakin kuat api marak dan berjangkit. Tidak dapat dilihat dua elemen ini dapat bersatu dengan baik dan memberi faedah bersama.

API VS APIapi bertemu api akan menjadikan keadaan lebih panas. Tetapi dalam konsep lain ia boleh menyemarakkan semangat dan dilihat begitu menonjol bersama. Kehadiran api bersama barangkali boleh menyebabkan orang lain menjadi lebih tertekan atau lebih bersemangat. Tapi dalam sudut lain sekiranya wujud pertembungan dua jenis api yang berlainan maka ia menjadi pertembungan yang melengkapkan. Sekiranya resmi dari api yg ekstrim bertemu resmi api yang membakar dalam senyap, masih lagi mampu keserasian itu dibina.

ANGIN VS ANGIN sama seperti pertembungan resmi yang sama, angin bertemu angin juga mempunyai kelebihan. Ia kelihatan serasi kerana dari elemen yang sama dan mampu bercampur dan bergaul. Dua angin mampu menghasilkan ribut yang membawa perubahan atau mungkin kemusnahan. Tetapi lebihnya keduanya mampu bekerjasama. Andaikata terpisah masih mampu lagi hidup seperti biasa.


dipetik daripada http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=42580

Wallahua'lam...

Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha menentukan segala-galanya...