Saturday, December 3, 2011

TAZKIRAH UNTUK KITA...

Assalamualaikum...
em.. lama dah xmenulis..
kali ni nak tulis tazkirah-tazkirah yang saya dpt menerusi SMS daripada shbt2 n juga family...
semoga dengan tazkirah ini, kita sama2 dapat input yang boleh membawa kepada perubahan positif dalam diri kita...In sya' Allah.. AMIN..

Jika kita rasa gembira dgn Islam yg ada dlm diri kita pada hari ini, ada di luar sana xtahu rasanya...
Jika di tempat kita Islam sdg mekar, biarlah kita penyambungnya...
Jika islam baru nak berkembang, biarlah kita perintisnya...
Lihat sekeliling, tdk sukar untuk menyatakan 'JOM SOLAT' kpd mereka...
Mulakan dgn diri kita, SEKARANG...

Kita sering bermimpi pada malam hr beberapa minit atau jam...
adakalanya mimpi yang sgt indah...
bila terjaga, masih ada senyuman di wajah...
Namun, menjelag tengah hari, kita hampir lupa akan mimpi itu...
pernah juga mimpi kita sgt sedih...
sehingga bila terjaga masih ada linangan air mata di pipi...
tapi, kita terus bergembira menjalani permulaan hari dan tak terasa ksedihan mimpi itu...
begitu juga kehidupan di dunia..
ia ibarat mimpi selama puluhan tahun...
tapi di syurga yg kekal kelak, kita lupa betapa susahnya menjauhi dosa ketika di dunia dan kepenatan melakukan amal soleh...
tapi, di neraka, mereka lupa betapa gmbira dan indahnya dosa yg dilakukan di dunia untuk sejenak...
HIDUP HANYA MIMPI YANG SEKETIKA...

Carilah hikmah dalam setiap ketentuanTuhan,
supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran...
setiap yg payah itu pastinya ada kesenangan...
setiap kesabaran itu pastinya ada ganjaran...
Jika sesuatu itu Allah takdirkan utk kita, tiada siapa yang blh memberi halangan...
Nmun jika sesuatu itu bkn ditakdirkan untuk kita, pasti kita tdk akan dpt walaupun sudah dlm genggaman...

Apabila engkau merasakan Allah menahanmu daripada kesenangan duniawi atau byk dibebankan dgn musibah, kepayahan ujian ke atasmu,
maka ketahuilah bahawa dirimu itu mendapat tmpt disisi Allah...

Al-Quran itu sangat berat...
Apabila diturunkan ke atas bukit, maka hancurlah bukit itu...
Sebut sahaja makhluk mana yg berani memikul amanah sebagai khalifah...
apabila diturunkan hanya beberapa ayat kpd Nabi, bercucuran peluhnya dan terduduk si unta tunggangan Nabi dek beratnya seulas ayat Al-Quran...
Kerana itu, apabila kita ingin menyimpannya di dalam hati,
mujahadah dan doa sgt diperlukan...
Jika tidak, pelan2 Allah akan mencabut kalamNya dari hati kita yang asalnya teguh memikul ayatAl-Quran...
supaya hati dan iman kita tidak hancur seperti bukit itu...
Hati yang tarus2an leka dgn dunia dikhuatiri akan dilupakan ayt2 QuranNya, atau hancur berkecai dek iman yang kian rapuh...
Bahaya bukan?
Renungkanlah...

Semakin jauh perjalanan, semakain dekat kematian...
Semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan...
Hanya iman dan keyakinan yg mampu mengayuh perahu kehidupan...
Penuh ketenangan, merempuh ujian...
Tuluslah dengan TUHAN, teluslah sesama insan...
Berhijrahlah ke daerah kebaikan...

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, seluruh umat Islam menjadi hiba...
Saidina Umar mengibas2 pedang untuk menetak sesiapa yg menyatakan Rasulullah wafat, dek kerana kesedihan yg teramat sgt...
Ada shbt yg berdoa, 'Ya Allah, tidaklah aku melihat selepas tidak melihat Rasulullah', maka Allah menarik penglihatannya...
Bilal bin Rabah pergi membawa diri...
dan Madinah sunyi tanpa azannya...
Ketika hayat Nabi bertanya siapakah yg paling hampir dgn baginda di syurga, tekaan sahabat salah...
dan Nabi beritahu 'dia tidak pernah melihatku, tp mencintaiku...'
Apakah kata2 terakhir Rasulullah sblm wafat?
'ummati, ummati, ummati...'
Renungkan...
Dengan dosa kita ini, kitakah orangnya???

Lihatlah sebuah kesabaran...
ia mudah disebut, sukar diamal...
Lihatlah betapa tersasar dari jalan Allah,
hilang kawalan perasaan, penat dlm mncar redha Allah...
Na'uzubillah...
Kerana itu, bukan mudah susur hidup para Nabi...
Lihat ketika perang hunain, Islam hampir kalah disebabkan ramai tentera muslim yg melarikan diri...
Siapa yg Nabi arahkan Anas untuk dipanggil?
'Ya Ahlul Badar, Ya Ahlul Uhud!'
Mereka ini yang sentiasa sabar sejak bermulanya Islam...
dan Islam menang atas kesabaran tentera2 ini yang sedikit...
Sabar itu mudah disebut, sukar diamal...
Moga2 Allah memberi kita kesabaran itu...
Amin...

Sekian...

Saturday, October 15, 2011

JANGAN SESEKALI KAMU...

Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

Dikarang oleh:

Mohd Rusdi Ramlee

di

http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/3464-jangan-sesekali-kamu.html


Saturday, October 1, 2011

SEBAHAGIAN TELAH SELESAI..Alhamdulillah...

Assalamualaikum...salam ukhuwah...

ALHAMDULILLAH...
kerana sebahagian tanggungjawab telah diselesaikan dengan baik...
dan in sya' Allah siap dengan jayanya...
Minggu ni sememangnya merupakan minggu paling busy dalam kamus semester 4 ni...

bukan nak merungut, tp just meluahkan...

hehe


Mula2, kena bt SHORT STORY utk SCE 3107..
secara berku
mpulan dengan fizah dan adam..
susah jgk sbenoye nak mereka cite ni..
ni baru nak reka cite budak2, x cipta novel lg..hik2..
em, naseb baik la fzah ni kreatif,
jd diala yang banyak cipta cerita n design buku cerita ni..

Sbenonye, kami kena buat cerita tentang
"Realising the inportance of survival of the species"
utk TAHUN 4.

Jadinya, terbelit2 la otak ni pk nak bt cite cane..

ALHAMDULILLAH,

akhirnya jadila jgk citenye...

bertajuk
"PENGEMBARAAN CICI"





















Alhamdulillah...dah siap buat short story ni...
TQ sgt pada ahli-ahli kumpulan yg bagi kerjasama ...
FIZAH, tq sbb byk beri idea yg mencurah2...
n sori kalo kurang membantu..=(

THEN
sy kena m'hadapi MICROTEACHING
under Dr. Parvinder...
Em, dulu rancang nak buat KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN
dgn membuat aktiviti membuat 'PLAYDOUGH'
TAPI...
xjadi sbb takot xdan masa..
masa yg diberi hanya 10 MINIT...
n takut la nnty kelah jd bersepah2 dgn tepung dll...
SEBAB 2,
sy ambil keputusan
nk apply kemahiran BAHAN BANTU MENGAJAR...
nak buat game utk
murid-murid sy..hehe=)

ni la dia hasil kerja saya sbg BBM yg digunakan tyme microteching 2...



Alhamdulillah..
segalanya berjalan dgn lancar
wpun terdapat sedikit (byk la jgk) kekurangan...
mgkin sbb sy nervous kot tyme 2..
blh pulak tertukar "jam randik digital" dgn "jam randik mekanikal"
haha
murid-murid pulak lg pandai daripada cikgu..
malu kot..
masa yg digunakan pon lebih 10 minit
2pun murid-murid xdan maen smpai abesh...
tp xpela.. dah takdir..
saya terima semuanya dgn redha...

dan
saya nak ucapkan terima kasih kepada...
AINI sbb BERI SOKONGAN n BYK BERI IDEA...
YANI sbb TOLONG PRINT BHN2 yg SAYA NAK GUNA...
FAIRUZ sbb TOLONG DESIGN BENTUK ULAR PADA DAM 2...
MURID-MURID SAYA sbb beri KERJASAMA DENGAN BAIK
DR. PARVINDER (penilai utama)sbb beri PANDUAN DAN KOMEN YANG MEMBINA
FARAH n DIN (penilai) sbb sudi OBSERVE n BERI NASIHAT YANG MEMBINA
KAWAN-KAWAN yang lain YANG BANYAK MEMBANTU...
terima kasih atas segalanya...

LAST SKALI
nak cite sal buat BBM EDU..
kena buat persembahan POWER POINT..



ALHAMDULILLAH...
segalanya telah berlalu dan dipermudahkan oleh ALLAH...
semoga dengan pengalaman ini dapat membina keperibadian saya
sebagai seorang bakan guru
dan IN SYA' ALLAH
sebagai GURU
suatu hari nanty..
AMIN..
WASSALAM...



Sunday, September 25, 2011

A PART OF MY LIFE...

yOU aRE my fRIEND, MY PAL, MY CHUM,

yOU ARE MY SUNSHINE, WHEN i’M GLUM,

tHE RAIN MAY FALL, AND i MIGHT TOO

bUT i KNOW YOU’LL CATCH ME WHEN i DO,

yOU’RE MY SHOULDER TO CRY ON

aND

sOMEONE i CAN ALWAYS RELY ON

aS LONG AS YOU LOVE ME….

Assalamualaikum...

petikan di atas sy tujukan spesel buat sahabat-sahabat saya juga dikenali sbg GENG sy:

'Kami Kumpulan Nasyid Bila Hari Rabu Tiba'

yang terdiri daripada

FIZAH, AINI, WANI, YANI and ME...

wpun mengikut 'grammatical rules' puisi kat atas hanye ditujukan buat seorang shbt, tp sy nak jugak tujukan puisi ni utk mereka 4 org yg sy syg sgt2 kerana ALLAH...

Hari Jumaat (23 Sept 2011)
Hari ini sy dapat hadiah istimewa daripada GENG sy ni...YEAY!!...
TADAA...

novel QUARTET by SAIDATUL SAFFAA

hehe..
seronok kot dpt novel..
novel islamik kot...
dahla jiwa tgh kacau n kecewa ni...
mmg sesuai la kalo nak bace..
TAPI
essaimen byk n bertimbun lana lagi..
huhu =(

NAMUN DEMIKIAN..
sy luangkan jugak masa
baca sket novel 2
tp skejap je la..
set induksi novel 2 best!
kire dpt la tarik perhatian sy nak bace lg
tp kena siapkan essaimen dulu..
xsabo nak smbung bace balik..huhu

untuk
FIZAH, YANI, AINI, WANI:
nnty sy bace eh..
sy cite...
TQ sgt2..
terharu pun ada..
syg kamu berEMPAT..
and
TQ and SORRY for EVERYTHING..
LURVE U ALL...

ni la dia kami dalam GENG spt yang dinyatakan di atas:



SEKIAN...
WASSALAM...
ukhuwwah fillah abdan abada...




Saturday, August 13, 2011

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI...dan semua...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, Allah masih memberi nyawa dan roh islam pada diri saya selaku hambaNya.. Semoga Allah meredhai hidup sy, keluarga saya dan sahabat-handai sekalian...

SEMPENA 13 OGOS 2011 bersamaan 13 RAMADHAN 1432H ni.. sy nak bt peringatan untuk diri sendiri kerana diri ini mmg perlu berubah ke arah yg lebih baiik.. moga2 Allah permudahkan.. marilah sm2 kita semua menuju perubahan ke arah yg lebih positif.. sm2 berhijrah!!

SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA 4P...


1. PERKATAAN
-mmg sgt susah untuk dijaga.. jika ada masalah sket, mulut asyik nak merungut je... bila xpuas hati kat sesuatu, asyik nak komplen je.. bila ada gosip baru, sibuk nak tokok tambah lagi...huh.. bila la nk sedar...
jaga lah perkataan.. kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...

Dari Abu Hurairah Rådhiyallåhu ‘anhu berkata, bahwa rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaknya ia berkata yang baik atau diam.”

[HR. Al-Bukhari dalam al-Adab hadits (6018) dan Muslim hadits (47).]


2. PANDANGAN
-pandangan di sini bermaksud pandangan mata. Tundukkan la pandangan mata daripada melihat sesuatu yang haram dilihat...


Abu Umamah berkata,”Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
اُكْفُلُوا لِي بِسِتٍ أَكْفُلْ لَكُمْ بِالْجَنَّةِ, إِذَا حَدَّثَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَكْذِبْ, وَ إِذَا اؤْتُمِنَ فَلاَ يَخُنْ, وَ إِذَا وَعَدَ فَلاَ يُخْلِفْ, غُضُّوْا أَبْصَارَكُمْ, وَكُفُّوْا أَيْدِيَكُمْ, وَاحْفَظُوْا فُرُوْجَكُمْ
“Berilah jaminan padaku enam perkara, maka aku jamin bagi kalian surga. Jika salah seorang kalian berkata maka janganlah berdusta, dan jika diberi amanah janganlah berkhianat, dan jika dia berjanji janganlah menyelisihinya, dan tundukkanlah pandangan kalian, cegahlah tangan-tangan kalian (dari menyakiti orang lain), dan jagalah kemaluan kalian.”[2]



3. PERBUATAN
-Perbuatan juga memang perlu dijaga.. Perbuatan adalah sebahagian daripada simbol akhlak kita.. Hal ini merangkumi cara pergaulan kita dan sebagainya..juga jgn menjadi zalim iaitu jangan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya...


4. PEMIKIRAN
-pemikiran sangat luas konteksnya... tp bagi saya, kita mmg harus menjaga pemikiran kita dengan pelbagai cara seperti tak berburuk sangka, tak berfikiran negatif, dan tak terlalu memikirkan perkara-perkara yang kita tidak mampu untuk kite fikirkan (eg.perkara2 ghaib) tp kita harus mempercayai wujudnya perkara2 ghaib ini..

Wallahualam...

p/s: kalo ada tersilap info, minta tlg perbaiki.. n kalo ada yg nak bg pandangan sila2...hehe =)




Saturday, August 6, 2011

BUDAK KECIK YG COMEY..miss them

Assalamualaikum..

Walaupun baru berumur 21 tahun, (baru??) tp sy dah ada 3 anak sdare taw..

Jeng3... mereka ialah BUDAK KECIK YG COMEY..i miss them very much..

Mereka adalah...

PERTAMA...
Kaq Yaa


Alya Shahira binti Muhammad Shahid

KEDUA...
Adeq Yaa


Alya Shuhada binti Muhammad Shahid

dan...
yang

KETIGA...
Aimin...

Abdul Muhaimin bin Abdul Wafi

Anak-anak sedaraku sekalian, mak de rindu sgt2 ni..
Mesti kalian rindu mak de jgk..hehe
Jgn nakal2 ye..
Semoga kite jumpa lepas ni..
AMIN...
=)

KELIRU...

Assalamualaikum..

Allah telah menguji dan menduga sy dgn sedikit 'tak sihat' di bulan puasa ni...
Sy asyik batuk n selesema je..Ujian ini ada hkmah disebaliknya...
sbnrnye sy keliru dgn satu hal.. BATAL TAK PUASA KALAU KITA TELAN KAHAK YE???
bkn 'tertelan" tp "sengaja telan"

jadi, sy try google cari maklumat n dpt la bbrp info sprti berikut:

INFO 1:

Telan Kahak Semasa Puasa

Soalan:

Salam,

BAHEIS kata telan kahak batal puasa:

Saya rujuk arkib AAN mostly quote Uthmain dan kata telan kahak tak batal sekalipun sengaja.

Boleh ulas?

p/s: sebab dah tertelan kahak kat tekak tadi.. takkan nak ulang puasa pulak lagipun selama ni belajar (tanpa dalil) telan kahak kat tekak tak batal.. alih-alih BAHEIS ni bagi pendapat menyusahkan pulak.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


Kahak yang belum sampai ke anggota mulut, yakni masih berada pada had tengkuk tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir.

Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Kedua-dua pendapat ini adalah pendapat yang muktabar di dalam Feqah Islam. Jadi, tidak boleh mencela pendapat yang bersalahan dengan pendapat yang kita pegang.

Syeikh Uthaimin (seperti yang saudara nyatakan) mentarjihkan tidak membatalkan puasa jika ditelan. Tetapi dalam masa yang sama beliau berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, ada dua persoalan: 1) kahak yang sampai ke mulut haram ditelan. 2) Jika ditelan tidak membatalkan puasa di sisi sebahagian ulama.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/feqah-puasa/07-032/


INFO 2:

HUKUM TELAN KAHAK KETIKA PUASA


MUKADDIMAH

Banyak ditimbulkan persoalan berkenaan dengan kahak ketika puasa. Oleh itu saya amat kasihan kepada mereka yang ditimpa banyak kahak. Jadi disini saya bagitau secara ringkas hukum telan kahak ketika puasa.

DEFINASI

Kahak (Expectorate) adalah rembesan mukus yang keluar dari tekak samaada dengan cara senghaja atau tidak.

HUKUM MENELAN KAHAK MENURUT FUQAHA

Para ulama berselisih pendapat berdekenaan dengan hukum menelan kahak ketika puasa kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA:

Menelan kahak tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat Mazhab Hanafi, pendapat muktamad dalam mazhab Maliki dan satu riwayat dalam Mazhab Hambali.

DALIL

Mereka menyamakan dengan hukum menelan air liur.

PENDAPAT KEDUA

Menelan kahak membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Syafie dan mazhab Hambali.

KESIMPULAN

Seeloknya kita ikut pendapat yang mengatakan kahak membatalkan puasa, untuk keluar dari kancah khilaf. Lebih-lebih lagi ramai diantara kita yang bermazhab Syafie. Namun sekiranya seseorang itu memang kahaknya tidak putus-putus dan amat sukar untuknya sentiasa membuang kahak, maka bolehlah dia mengikut mazhab Hanafi dan Maliki yang mengatakan menelan kahak itu tidak membatalkan puasa.

Rujukan: Mausuah Tibbiah Feqhiah oleh Dr Ahmad Kan'an dan Mausuah Feqhiah (Kuwait).

IBNU MUSLIM: ALHAMDULILLAH, TAK TAHU BERTANYA..INSYAALLAH SEMOGA PUASA KITA DITERIMA ALLAH..BERPUASALAH DENGAN BERILMU...WALLAHUA'LAM


http://suraualikhlas-sgbuaya.blogspot.com/2009/09/hukum-telan-kahak-ketika-puasa.html

Jadi, sy nak mtk jgk pendapat2 dari kwn2 yg baca post ni... PLEASE HELP ME...

Friday, August 5, 2011

TERINGIN SEKALI...

Assalamualikum...
em, kesian kat blog sy ni..dah lame sy xupdate ye..
bkn pe, bz sket (cewah mcm la bz sgt ye..)
sy ngaku ad lg yg bz dr sy tp still blh menulis smthng kat blog depa..hehe

Em, dah masuk bulan RAMADHAN upenye... hari ni dah Ramadhan yg kelima...
Alhamdulillah Ya Allah kerana memberi peluang merasai nikmatMu yang penuh barakah ini...
Sebelum 2, nak wish SELAMAT BERPUASA kpd semua rkn2 yg membeca post ni...

Em, ade pe sbnrnye dgn post "TERINGIN SEKALI" ni???
Sbnrnye nk cite, pe yg sy nak2 sgt2 skarang khususnye di bulan Ramadhan ini..

Apa yg sy nak??
  • Sy hrp sgt setiap amalan di Bulan Ramadhan ini diterima oleh Nya..
  • Sy hrp sgt sy sempat merasai nikmat berpuasa hingga ke akhir Ramadhan dan hingga ke Ramadhan2 seterusnya... ( nak rasai RAYA jgk.. hehe)
  • Sy harap agar Tuhan menemukan sy dengan malam LailatulQadr...
  • Sy nak sgt menjadi seorang hamba Allah yang berSISTEMATIK yang seimbang dunaiwi dan UKHRAWI...
  • SY nak sgt2 balik rumah n berpuasa sm2 ngan famili... SY RINDU N SAYANG FAMILY SY kerana ALLAH...
  • Sy nak sgt jumpe kwn2 sy terutamanya MY BESTPREN Nor Syaidah Abdul Ghani.. Sy syg dia sgt2 krn Allah...
  • Sy hrp Tuhan permudahkan segala urusan sy...
  • Sy harap Tuhan memberkati setiap apa yg sy lakukan... dan SY HRP TUHAN SENTIASA SAYANG KEPADA SAYA...bila TUHAN SAYANG.. semua juga akan syg pada kita... In sya 'Allah...
Amin.. Ya Rabbal 'Alamin...
Ya Allah, perkenankanlah doa hambaMu ini...
Amin...

Monday, May 9, 2011

ISTIMEWANYA WANITA

ASSALAMUALAIKUM

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu

syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah

S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka

beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakany 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

اللهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدِينَا وَارْحَمْهُمْ كَمَارَبَّيَانَا صِغَارًا

Ya Allah Ampunkanlah dosa kami dan dosa ibubapa kami

dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasuh kami

ketika kami masih kecil lagi.