Saturday, August 13, 2011

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI...dan semua...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, Allah masih memberi nyawa dan roh islam pada diri saya selaku hambaNya.. Semoga Allah meredhai hidup sy, keluarga saya dan sahabat-handai sekalian...

SEMPENA 13 OGOS 2011 bersamaan 13 RAMADHAN 1432H ni.. sy nak bt peringatan untuk diri sendiri kerana diri ini mmg perlu berubah ke arah yg lebih baiik.. moga2 Allah permudahkan.. marilah sm2 kita semua menuju perubahan ke arah yg lebih positif.. sm2 berhijrah!!

SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA 4P...


1. PERKATAAN
-mmg sgt susah untuk dijaga.. jika ada masalah sket, mulut asyik nak merungut je... bila xpuas hati kat sesuatu, asyik nak komplen je.. bila ada gosip baru, sibuk nak tokok tambah lagi...huh.. bila la nk sedar...
jaga lah perkataan.. kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...

Dari Abu Hurairah Rådhiyallåhu ‘anhu berkata, bahwa rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaknya ia berkata yang baik atau diam.”

[HR. Al-Bukhari dalam al-Adab hadits (6018) dan Muslim hadits (47).]


2. PANDANGAN
-pandangan di sini bermaksud pandangan mata. Tundukkan la pandangan mata daripada melihat sesuatu yang haram dilihat...


Abu Umamah berkata,”Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
اُكْفُلُوا لِي بِسِتٍ أَكْفُلْ لَكُمْ بِالْجَنَّةِ, إِذَا حَدَّثَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَكْذِبْ, وَ إِذَا اؤْتُمِنَ فَلاَ يَخُنْ, وَ إِذَا وَعَدَ فَلاَ يُخْلِفْ, غُضُّوْا أَبْصَارَكُمْ, وَكُفُّوْا أَيْدِيَكُمْ, وَاحْفَظُوْا فُرُوْجَكُمْ
“Berilah jaminan padaku enam perkara, maka aku jamin bagi kalian surga. Jika salah seorang kalian berkata maka janganlah berdusta, dan jika diberi amanah janganlah berkhianat, dan jika dia berjanji janganlah menyelisihinya, dan tundukkanlah pandangan kalian, cegahlah tangan-tangan kalian (dari menyakiti orang lain), dan jagalah kemaluan kalian.”[2]



3. PERBUATAN
-Perbuatan juga memang perlu dijaga.. Perbuatan adalah sebahagian daripada simbol akhlak kita.. Hal ini merangkumi cara pergaulan kita dan sebagainya..juga jgn menjadi zalim iaitu jangan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya...


4. PEMIKIRAN
-pemikiran sangat luas konteksnya... tp bagi saya, kita mmg harus menjaga pemikiran kita dengan pelbagai cara seperti tak berburuk sangka, tak berfikiran negatif, dan tak terlalu memikirkan perkara-perkara yang kita tidak mampu untuk kite fikirkan (eg.perkara2 ghaib) tp kita harus mempercayai wujudnya perkara2 ghaib ini..

Wallahualam...

p/s: kalo ada tersilap info, minta tlg perbaiki.. n kalo ada yg nak bg pandangan sila2...hehe =)




Saturday, August 6, 2011

BUDAK KECIK YG COMEY..miss them

Assalamualaikum..

Walaupun baru berumur 21 tahun, (baru??) tp sy dah ada 3 anak sdare taw..

Jeng3... mereka ialah BUDAK KECIK YG COMEY..i miss them very much..

Mereka adalah...

PERTAMA...
Kaq Yaa


Alya Shahira binti Muhammad Shahid

KEDUA...
Adeq Yaa


Alya Shuhada binti Muhammad Shahid

dan...
yang

KETIGA...
Aimin...

Abdul Muhaimin bin Abdul Wafi

Anak-anak sedaraku sekalian, mak de rindu sgt2 ni..
Mesti kalian rindu mak de jgk..hehe
Jgn nakal2 ye..
Semoga kite jumpa lepas ni..
AMIN...
=)

KELIRU...

Assalamualaikum..

Allah telah menguji dan menduga sy dgn sedikit 'tak sihat' di bulan puasa ni...
Sy asyik batuk n selesema je..Ujian ini ada hkmah disebaliknya...
sbnrnye sy keliru dgn satu hal.. BATAL TAK PUASA KALAU KITA TELAN KAHAK YE???
bkn 'tertelan" tp "sengaja telan"

jadi, sy try google cari maklumat n dpt la bbrp info sprti berikut:

INFO 1:

Telan Kahak Semasa Puasa

Soalan:

Salam,

BAHEIS kata telan kahak batal puasa:

Saya rujuk arkib AAN mostly quote Uthmain dan kata telan kahak tak batal sekalipun sengaja.

Boleh ulas?

p/s: sebab dah tertelan kahak kat tekak tadi.. takkan nak ulang puasa pulak lagipun selama ni belajar (tanpa dalil) telan kahak kat tekak tak batal.. alih-alih BAHEIS ni bagi pendapat menyusahkan pulak.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


Kahak yang belum sampai ke anggota mulut, yakni masih berada pada had tengkuk tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir.

Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Kedua-dua pendapat ini adalah pendapat yang muktabar di dalam Feqah Islam. Jadi, tidak boleh mencela pendapat yang bersalahan dengan pendapat yang kita pegang.

Syeikh Uthaimin (seperti yang saudara nyatakan) mentarjihkan tidak membatalkan puasa jika ditelan. Tetapi dalam masa yang sama beliau berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, ada dua persoalan: 1) kahak yang sampai ke mulut haram ditelan. 2) Jika ditelan tidak membatalkan puasa di sisi sebahagian ulama.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/feqah-puasa/07-032/


INFO 2:

HUKUM TELAN KAHAK KETIKA PUASA


MUKADDIMAH

Banyak ditimbulkan persoalan berkenaan dengan kahak ketika puasa. Oleh itu saya amat kasihan kepada mereka yang ditimpa banyak kahak. Jadi disini saya bagitau secara ringkas hukum telan kahak ketika puasa.

DEFINASI

Kahak (Expectorate) adalah rembesan mukus yang keluar dari tekak samaada dengan cara senghaja atau tidak.

HUKUM MENELAN KAHAK MENURUT FUQAHA

Para ulama berselisih pendapat berdekenaan dengan hukum menelan kahak ketika puasa kepada dua pendapat:

PENDAPAT PERTAMA:

Menelan kahak tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat Mazhab Hanafi, pendapat muktamad dalam mazhab Maliki dan satu riwayat dalam Mazhab Hambali.

DALIL

Mereka menyamakan dengan hukum menelan air liur.

PENDAPAT KEDUA

Menelan kahak membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Syafie dan mazhab Hambali.

KESIMPULAN

Seeloknya kita ikut pendapat yang mengatakan kahak membatalkan puasa, untuk keluar dari kancah khilaf. Lebih-lebih lagi ramai diantara kita yang bermazhab Syafie. Namun sekiranya seseorang itu memang kahaknya tidak putus-putus dan amat sukar untuknya sentiasa membuang kahak, maka bolehlah dia mengikut mazhab Hanafi dan Maliki yang mengatakan menelan kahak itu tidak membatalkan puasa.

Rujukan: Mausuah Tibbiah Feqhiah oleh Dr Ahmad Kan'an dan Mausuah Feqhiah (Kuwait).

IBNU MUSLIM: ALHAMDULILLAH, TAK TAHU BERTANYA..INSYAALLAH SEMOGA PUASA KITA DITERIMA ALLAH..BERPUASALAH DENGAN BERILMU...WALLAHUA'LAM


http://suraualikhlas-sgbuaya.blogspot.com/2009/09/hukum-telan-kahak-ketika-puasa.html

Jadi, sy nak mtk jgk pendapat2 dari kwn2 yg baca post ni... PLEASE HELP ME...

Friday, August 5, 2011

TERINGIN SEKALI...

Assalamualikum...
em, kesian kat blog sy ni..dah lame sy xupdate ye..
bkn pe, bz sket (cewah mcm la bz sgt ye..)
sy ngaku ad lg yg bz dr sy tp still blh menulis smthng kat blog depa..hehe

Em, dah masuk bulan RAMADHAN upenye... hari ni dah Ramadhan yg kelima...
Alhamdulillah Ya Allah kerana memberi peluang merasai nikmatMu yang penuh barakah ini...
Sebelum 2, nak wish SELAMAT BERPUASA kpd semua rkn2 yg membeca post ni...

Em, ade pe sbnrnye dgn post "TERINGIN SEKALI" ni???
Sbnrnye nk cite, pe yg sy nak2 sgt2 skarang khususnye di bulan Ramadhan ini..

Apa yg sy nak??
  • Sy hrp sgt setiap amalan di Bulan Ramadhan ini diterima oleh Nya..
  • Sy hrp sgt sy sempat merasai nikmat berpuasa hingga ke akhir Ramadhan dan hingga ke Ramadhan2 seterusnya... ( nak rasai RAYA jgk.. hehe)
  • Sy harap agar Tuhan menemukan sy dengan malam LailatulQadr...
  • Sy nak sgt menjadi seorang hamba Allah yang berSISTEMATIK yang seimbang dunaiwi dan UKHRAWI...
  • SY nak sgt2 balik rumah n berpuasa sm2 ngan famili... SY RINDU N SAYANG FAMILY SY kerana ALLAH...
  • Sy nak sgt jumpe kwn2 sy terutamanya MY BESTPREN Nor Syaidah Abdul Ghani.. Sy syg dia sgt2 krn Allah...
  • Sy hrp Tuhan permudahkan segala urusan sy...
  • Sy harap Tuhan memberkati setiap apa yg sy lakukan... dan SY HRP TUHAN SENTIASA SAYANG KEPADA SAYA...bila TUHAN SAYANG.. semua juga akan syg pada kita... In sya 'Allah...
Amin.. Ya Rabbal 'Alamin...
Ya Allah, perkenankanlah doa hambaMu ini...
Amin...